Kerajaan memperuntukkan RM300 juta pada Baet
2013 untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia yang berusia antara 21
hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000. Ketua Setiausaha Kementerian
Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah berkata individu yang layak boleh
mendapatkannya melalui pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM).
Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit
(Perbit) telah mencadangkan supaya individu yang layak menerima rebat telefon
pintar RM200 hanya boleh mendapatkan diskaun itu melalui “pembekal terpilih”
yang dilantik oleh SKMM. Ini kerana Persatuan itu bimbang, bekalan
telefon itu terjejas dan pengedar akan menjual telefon bukan asli dan menaikkan
harga.
Walaubagaimanapun kemungkinan had umur bagi
mereka yang layak menerima rebat telefon pintar ini akan dinaikkan sehingga
umur 40 tahun setelah pihak menteri membuat rayuan.
sumber dari:http://ezany-kun.com