SIAPA KAMI?

Wednesday, December 19, 2012

30,474 calon PMR 2012 dapat semua A


PUTRAJAYA: Pencapaian cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki menurun seramai 3,797 atau 0.85 peratus) daripada 34,271 orang pada 2011 kepada 30,474 orang pada 2012.

sumber dari:http://www.bharian.com.my

Tuesday, December 18, 2012

11 resolusi bela guru


KONGRES cadang tubuh bank untuk manfaat pendidik, murid

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) mengemukakan resolusi 11 perkara kepada kerajaan untuk membela nasib pendidik dan pesara guru, termasuk penubuhan bank guru.Penubuhan bank yang dicadang diterajui Yayasan Guru Malaysia Berhad itu bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid di seluruh negara. 

Tabung Kebajikan Guru Presiden, Jemale Paiman berkata, untuk manfaat pesara guru pula, pihaknya mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.

Beliau berkata, resolusi lain termasuk menyerap lebih 60,000 guru lepasan diploma, terutama berusia 50 tahun ke atas dalam skim siswazah tanpa temu duga.

Bagi tujuan itu, kerajaan disaran mewujudkan Skim Perkhidmatan Bersepadu Pelajaran Persekutuan. Skim yang dicadangkan ialah gabungan Skim Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma dan Skim Perkhidmatan Siswazah Tanpa Temu Duga pada gred DG 42.
“Kelonggaran khas menerusi skim istimewa kepada mereka berusia 50 tahun ke atas untuk diserapkan dalam skim siswazah sudah dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan sesuai diamalkan oleh Kementerian Pelajaran pula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Resolusi itu diputuskan pada mesyuarat Exco Khas KONGRES, pada Sabtu lalu dan dihantar kepada kementerian dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.

Cadangan lain ialah:


  • Menubuhkan majlis guru bertaraf profesional, berdaftar dan bertauliah untuk menjaga dan mengawal pendidik. Ia berfungsi sebagai pengawal dan mengambil tindakan tatatertib atau disiplin, denda dan menggantung atau menamatkan perkhidmatan pendidik yang berkhidmat dengan kerajaan atau swasta, institusi pengajian tinggi dan pusat tuisyen.

  • Menukar pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) kepada biasiswa. Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) layak untuk menerimanya.
sumber dari: http://www.bharian.com.my

Monday, December 17, 2012

Pendaftaran Pelajar Baharu DPLI-SR j-QAF Ambilan Tahun 2013



Pendaftaran Pelajar Baharu KPLI-j-QAF Ambilan Tahun 2013 akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 17 Disember 2012 (Isnin)

Masa Pendaftaran: 8.15 pagi - 10.00 pagi

Bayaran : RM 500
(menggunakan wang pos/kiriman wang sahaja atas nama : "PENGARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU". Tunai tidak diterima.

Tempat : Perkarangan Anjung Cendikia

Pastikan calon telah membuat peperiksaan kesihatan dan x-ray sebelum mendaftar. Pelajar yang mengandung tidak dibenarkan mendaftar.

SUMBER dari: http://www.ipgkpm.edu.my


Friday, December 14, 2012

Piala AFF Suzuki - Malaysia Kalah Kepada Thailand




Bangkok - Hajat Malaysia ke perlawanan akhir 
Piala AFF Suzuki 2012 tidak kesampaian selepas
mereka kalah 2 - 0 kepada Thailand pada separuh
akhir kedua di Stadium Supachalasai semalam
dan Thailand menang secara agregat 3 - 1.

Dalam pada itu, Perdana Menteri  berkata 
pemain bola sepak negara telah berusaha
 bersungguh-sungguh dalam perlawanan 
menentang Thailand.

"Tengok 'Harimau Malaya' di rumah. Walaupun 
tewas, pasukan kita telah bersungguh-sungguh 
untuk mengharungi apa jua rintangan," kata 
Perdana Menteri dalam tweet terbarunya di sini
Penyerang berbisa Thailand, Teerasil Dangda
 membuka tirai jaringan pada minit ke-60 
setelah beliau memanfaatkan hantaran rakan
sepasukan sebelum melepaskan rembatan
untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, 
Mohd Farizal Marlias.

Lima minit kemudian, pemain pertahanan 
Theerathon Butmathan menjaringkan gol 
kedua untuk skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu.

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan
Thailand yang muncul juara pada 1996, 2000
dan 2002 layak ke perlawanan akhir buat kali kelima.

sumber dari: http://www.rtm.gov.my

Wednesday, December 12, 2012

OH! RAJIN


SUMBER dari: google.com

Keputusan Temuduga DPLI J-Qaf Ambilan Jan 2013


Keputusan Temuduga DPLI J-Qaf Ambilan Jan 2013
[SEMAK KEPUTUSAN M-TEST]

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN DPLI-SR j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2013

23 September 2012 - Iklan akhbar permohonan Program DPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2013

26 September 2012 - Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

03 Oktober 2012 - Permohonan ditutup.(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

12 Oktober 2012 - Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.

20 Oktober 2012 - Ujian MTeST seluruh negara.(Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).

12 November 2012 - Semakan online nama calon berjaya ditemu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat melalui internet).

19 November hingga
23 November 2012- Temu duga DPLI j-QAF Ambilan Januari 2013.(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapkan).

10 Disember 2012 - Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan penempatan guru. (Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui internet untuk tujuan pendaftaran.

17 Disember 2012 - Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon dikehendaki membawa bersama surat tawaran sementara semasa pendaftaran).

02 Januari 2013 - Pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.


SUMBER dari:http://ustazsufian.blogspot.com

MARI SOLAT


OH! PENING


sumber imej: google.com

Monday, November 26, 2012

Objektif j-QAF


Objektif

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:        
  1. Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan.
  2. Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah
  3. Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.
  4. Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian.
  5.  Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga KPM.
  6. Pengurusan sumber manusia.
  7. Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM.
  8. Pengurusan bantuan SAR KAFA.
  9. Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.

VISI & MISI


Visi BPI

BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Misi BPI

Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.




Mafhum-Nya


Mafhum Firman Allah S.W.T

"
“Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?” 
"
(Al-An’am : 95)

Model Program j-QAF


Model Program j-QAF

Model-model program j-QAF
Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :
  • Model Khas Pemulihan Jawi
  • Model 6 bulan Khatam Al-Quran
  • Model Tasmik
  • Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
  • Model Bestari Solat

SEJARAH j-QAF


SEJARAH j-QAF

Mukadimah
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain.  Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)  pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.

Konsep Projek Rintis j-QAF:

Takrif
Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF yang terpilih secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian  pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005.  Ia bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara mengatasinya dan cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.

Model-Model j-QAF Untuk Projek Rintis
Model-model j-QAF yang akan dirintis adalah seperti berikut:
a. Jawi
- Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Khatam al-Quran
- Model Tasmik
- Model Enam Bulan
c. Bahasa Arab
- Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
d. Fardhu Ain
- Model Bestari Solat.

Pendedahan
Pendedahan pelaksanaan perlu diberikan sebelum melaksanakan projek rintis ini.  Pendedahan ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat pusat,  peringkat negeri, dan peringkat sekolah.  Di peringkat pusat peserta pendedahan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan Jumlah
i Ketua-ketua  Sektor SPPIM 15 orang
ii Penolong-penolong Pengarah Kurikulum SPPIM 15 orang
iii Pegawai-pegawai Khas Bahasa Arab SPPIM   5 orang
Jumlah 35 orang

Di peringkat negeri pendedahan diberikan kepada Penyelia Pendidikan Islam, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan semua guru Pendidikan Islam di sekolah projek rintis.  Bilangan minima peserta bagi sesi pendedahan sesebuah negeri adalah seperti berikut :

Bil       Jawatan                                                                            Jumlah
I     Guru Besar dan PK Pentadbiran                            X 2 sekolah   4 orang
ii     Guru Pendidikan Islam / Guru Bahasa Arab       X 2 sekolah 10 orang
iii    Penyelia Pendidikan Daerah                                               2 orang
Jumlah 16 orang

Di peringkat sekolah pula Guru Besar perlu memberi pendedahan kepada pembimbing al-Quran di kalangan guru al-Quran sama ada dalam masyarakat atau warga sekolah  tentang tugas membimbing dan merekod bacaan murid.  Oleh itu pihak sekolah perlu mengenal pasti pembimbing-pembimbing tersebut.

Sekolah Yang Terlibat Dengan Projek Rintis
Projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara. Setiap  negeri akan melaksanakan projek rintis di dua buah sekolah; sebuah di bandar dan sebuah di luar bandar. Secara keseluruhan projek rintis ini melibatkan murid Islam tahun dua manakala model Bahasa Arab sahaja yang melibatkan murid tahun satu.   Berikut disertakan senarai sekolah mengikut negeri dan taburan model bagi setiap sekolah:

Bahan Pengajaran Projek Rintis
Bahan-bahan pengajaran yang diperlukan di dalam pelaksanaan projek rintis j-QAF adalah seperti berikut:
1. Jawi
- Permainan Tenteng
- Permainan Sahibba
- Kad Huruf
- Permainan Pancing
- Permainan Kereta Api
- Permainan Boling
- Kaset Nasyid Jawi


2. Khatam al-Quran
- Mushaf al-Quran
- Buku Rekod


3. Bahasa Arab
- Buku Teks
- Buku Latihan dan Aktiviti Murid

Penyelarasan
Model Integrasi dan model Kelas Khas al-Quran bagi program khatam al-Quran, model PAFA-KAFA dan model kombinasi j-QAF bagi program fardhu ain akan dilaksanakan di fasa lain berdasarkan persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.  Perkara ini perlu mendapat persetujuan dan penyelarasan terlebih dahulu daripada pihak JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Yayasan Agama Negeri kerana melibatkan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran di sebelah petang. Selain itu murid-murid yang sama mengikuti kelas-kelas agama yang dikelolakan oleh pihak-pihak tersebut di atas.

Keperluan Tenaga Pengajar
Bagi melaksanakan Projek Rintis, tambahan guru tidak diperlukan. Walau bagaimanapun bantuan daripada guru-guru mata pelajaran lain yang berkebolehan adalah diperlukan. Begitu juga bantuan guru-guru al-Quran dalam masyarakat setempat  terutama dalam pelaksanaan model tasmik bagi khatam al-Quran.

Pemantauan
Bagi memastikan Projek Rintis berjalan sebagaimana yang dirancang dan mencapai matlamatnya proses pemantauan akan dijalankan seperti berikut:


Para pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan oleh pihak JAPIM bagi menyelaraskan laporan pemantauan.

Pelan Tindakan Projek Rintis
Berikut adalah pelan tindakan bagi projek rintis j-QAF tahun 2004.



Pelaksanaan j-QAF tahun 2005
j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005 berdasarkan hasil dapatan projek rintis dan keputusan pihak Kementerian Pelajaran.  Pada tahun 2010 dijangka semua sekolah rendah melaksanakan program j-QAF di setiap peringkat.  Ini dapat diperjelaskan dalam carta dibawah:

Disediakan oleh,
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,
KEMENTERIAN PELAJARAN.
April 2004