SIAPA KAMI?

Tuesday, June 4, 2013

MAKSUD ISTILAH GURU GANTI, GURU INTERIM, DAN GURU SANDARAN


MAKSUD ISTILAH GURU GANTI, GURU INTERIM, DAN GURU SANDARAN




Memang istilah-istilah ni mampu buat kita berkerut kening. Istilah bunyinya seakan-akan sama namun ada juga perbezaannya. Tak sempat nak buat kajian lanjut, cuma saya kongsikan informasi yang telah disediakan oleh rakan sepengajian daripada kohort yang sama; Nuramirah Nadziri.


Guru Sandaran Terlatih (GST)
Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar. Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41. Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Istilah ini digunakan buat individu yang tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru. Kebiasaannya mereka ini akan bertugas sebagai guru ganti yang akan memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.


Guru Interim
Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.


Guru Ganti
Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru gantiyang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.

Monday, May 13, 2013

SELAMAT HARI GURU!




GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.



Sunday, March 3, 2013

BUDAYA KERJA GURU CEMERLANG



BUDAYA KERJA GURU CEMERLANG

1. Minat atau cinta terhadap
     profesion;    
    - Satu kemestian.
    - Ikhlas dalam menjalankan tugas.
    - Daya tahan yang tinggi hadapi cabaran
    - Hindar dari kecewa dan putus asa.
    - Proses P & P akan menyeronokkan.
    - Meningkatkan minat murid.

2. Mahir dalam bidangnya;
    - Mengemaskini pengetahuan
    - Melalui pembacaan, perbincangan
      dengan guru berpengalaman, hadiri
      kursus, seminar dll.

3. Bijak mengurus P & P (efisyen)
    - Banyak ruang untuk guru mengajar.
    - Tiada stres.

4. Mengajar dengan berkesan;
    - Libatkan diri dengan aktiviti yang
      berkaitan dengan murid dan rakan
      setugas.
    - Bukan pemerhati yang pasif atau
      penyibuk yang tidak membantu sebarang
      tugas.

5. Menunjukkan sikap yang
     baik/positif;
    - Menjadi idola atau model untuk
      dicontohi.
    - Murid tak mahu guru ada mood yang
      tidak baik.
    - Ahli Falsafah Perancis “Keputusan yang
      paling baik dibuat oleh seseorang setiap
      hari ialah keputusan untuk memiliki
      mood yang baik pada hari itu”

6. Wujudkan pengurusan kelas yang
     berjaya;
    - Mulai urus kelas pada hari pertama masuk
      ke kelas.
    - Adil, tegas serta konsisten dalam usaha
      mendidik murid.
    - Elak buat peraturan yang tidak mampu
      dilakukan.

7. Merancang waktu mengajar;
    - Perkara yang perlu dipelajari murid
    - Pengajaran lebih berkesan melalui
      latihan atau aktiviti yang praktikal
      (sesuai)
    - Merancang masa mengajar supaya tidak
      kesuntukan masa pada akhir tahun.

8. Mengekalkan hubungan yang baik;
    - Bekerjasama dengan rakan guru dan
      murid
    - Kemahiran ini perlu ada dan sangat
      penting.

9. Komunikasi yang berkesan;
    - Mahir untuk menyampaikan idea atau
      maklumat dengan jelas dan mudah
      difahami terutama murid.
    - Murid tidak faham isi pengajaran kerana
      guru tidak mahir untuk sampaikan
      maklumat dengan jelas.
    - Buat rumusan dan garis panduan yang
      tidak mengelirukan.

10. Memiliki kemahiran untuk
       bertanya;
      - Kemuka soalan – alat pengajaran yang
        sangat penting.
      - Sesi soal jawab lahirkan fikiran yang
        produktif.
      - Soalan secara umum dan individu.
        Kemukakan soalan terlebih dahulu
        sebelum panggil nama – peluang untuk
        berfikir.



11. Memiliki berbagai teknik atau
       kaedah mengajar;
      - Menarik minat murid terhadap P & P
      - Cabaran guru hadapi pelbagai tahap
        kebolehan dan keupayaan.
      - pelbagai perwatakan dan kerenah.

12. Membina kejayaan murid;
      - Berorientasikan peperiksaan
      - Menyediakan tugasan / soalan yang
        membantu murid berjaya.

13. Memiliki harapan yang tinggi;
      - Tidak mudah putus asa.
      - Jika murid negatif- usaha atasi
        masalah, bukan menerima saja keadaan
        itu tanpa usaha untuk membaikinya.

14. Mewujudkan suasana yang
       selesa;
      - Tidak mewujudkan kelas yang
        “menggerunkan” seperti ketika berada
        dalam “rumah hantu”.
      - Kelas ceria membantu pengajaran
        yang berkesan.
      - Tak perlu hias hingga menjadi hotel
        mewah bertaraf lima bintang, memadai
        kelas yang simple tetapi selesa.

15. Mengamalkan kelonggaran;
     - Peka dan prihatin terhadap kehendak
       atau perasaan murid.
     - Janganlah kelonggaran sampai
       keterlaluan (ambil kesempatan).
     - Pepatah Inggeris “The flexible shall not
       be bent out of shape”.


Sunday, January 6, 2013

Rebat RM200 Untuk Golongan Belia Membeli Telefon Pintar (Smartphone)


Kerajaan memperuntukkan RM300 juta pada Baet 2013 untuk rebat yang layak diterima oleh golongan belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000. Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah berkata individu yang layak boleh mendapatkannya melalui pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) telah mencadangkan supaya individu yang layak menerima rebat telefon pintar RM200 hanya boleh mendapatkan diskaun itu melalui “pembekal terpilih” yang dilantik oleh  SKMM. Ini kerana Persatuan itu bimbang, bekalan telefon itu terjejas dan pengedar akan menjual telefon bukan asli dan menaikkan harga.
Walaubagaimanapun kemungkinan had umur bagi mereka yang layak menerima rebat telefon pintar ini akan dinaikkan sehingga umur 40 tahun setelah pihak menteri membuat rayuan.
sumber dari:http://ezany-kun.com