SIAPA KAMI?

Monday, November 26, 2012

Objektif j-QAF


Objektif

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:        
  1. Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan.
  2. Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah
  3. Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.
  4. Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian.
  5.  Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga KPM.
  6. Pengurusan sumber manusia.
  7. Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM.
  8. Pengurusan bantuan SAR KAFA.
  9. Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.

VISI & MISI


Visi BPI

BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Misi BPI

Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.




Mafhum-Nya


Mafhum Firman Allah S.W.T

"
“Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?” 
"
(Al-An’am : 95)

Model Program j-QAF


Model Program j-QAF

Model-model program j-QAF
Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :
  • Model Khas Pemulihan Jawi
  • Model 6 bulan Khatam Al-Quran
  • Model Tasmik
  • Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi
  • Model Bestari Solat

SEJARAH j-QAF


SEJARAH j-QAF

Mukadimah
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al Quran Peringkat antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain.  Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan Seminar Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF)  pada 3 hingga 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat.

Konsep Projek Rintis j-QAF:

Takrif
Projek Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF yang terpilih secara ujikaji bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian  pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005.  Ia bertujuan mengenal pasti masalah, kekuatan dan kelemahan, implikasi serta cara-cara mengatasinya dan cadangan pelaksanaannya. Pelaksanaan projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara selama tiga bulan atau 12 minggu pengajaran dan pembelajaran mulai April hingga Julai 2004.

Model-Model j-QAF Untuk Projek Rintis
Model-model j-QAF yang akan dirintis adalah seperti berikut:
a. Jawi
- Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Khatam al-Quran
- Model Tasmik
- Model Enam Bulan
c. Bahasa Arab
- Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
d. Fardhu Ain
- Model Bestari Solat.

Pendedahan
Pendedahan pelaksanaan perlu diberikan sebelum melaksanakan projek rintis ini.  Pendedahan ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat pusat,  peringkat negeri, dan peringkat sekolah.  Di peringkat pusat peserta pendedahan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan Jumlah
i Ketua-ketua  Sektor SPPIM 15 orang
ii Penolong-penolong Pengarah Kurikulum SPPIM 15 orang
iii Pegawai-pegawai Khas Bahasa Arab SPPIM   5 orang
Jumlah 35 orang

Di peringkat negeri pendedahan diberikan kepada Penyelia Pendidikan Islam, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan semua guru Pendidikan Islam di sekolah projek rintis.  Bilangan minima peserta bagi sesi pendedahan sesebuah negeri adalah seperti berikut :

Bil       Jawatan                                                                            Jumlah
I     Guru Besar dan PK Pentadbiran                            X 2 sekolah   4 orang
ii     Guru Pendidikan Islam / Guru Bahasa Arab       X 2 sekolah 10 orang
iii    Penyelia Pendidikan Daerah                                               2 orang
Jumlah 16 orang

Di peringkat sekolah pula Guru Besar perlu memberi pendedahan kepada pembimbing al-Quran di kalangan guru al-Quran sama ada dalam masyarakat atau warga sekolah  tentang tugas membimbing dan merekod bacaan murid.  Oleh itu pihak sekolah perlu mengenal pasti pembimbing-pembimbing tersebut.

Sekolah Yang Terlibat Dengan Projek Rintis
Projek rintis akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara. Setiap  negeri akan melaksanakan projek rintis di dua buah sekolah; sebuah di bandar dan sebuah di luar bandar. Secara keseluruhan projek rintis ini melibatkan murid Islam tahun dua manakala model Bahasa Arab sahaja yang melibatkan murid tahun satu.   Berikut disertakan senarai sekolah mengikut negeri dan taburan model bagi setiap sekolah:

Bahan Pengajaran Projek Rintis
Bahan-bahan pengajaran yang diperlukan di dalam pelaksanaan projek rintis j-QAF adalah seperti berikut:
1. Jawi
- Permainan Tenteng
- Permainan Sahibba
- Kad Huruf
- Permainan Pancing
- Permainan Kereta Api
- Permainan Boling
- Kaset Nasyid Jawi


2. Khatam al-Quran
- Mushaf al-Quran
- Buku Rekod


3. Bahasa Arab
- Buku Teks
- Buku Latihan dan Aktiviti Murid

Penyelarasan
Model Integrasi dan model Kelas Khas al-Quran bagi program khatam al-Quran, model PAFA-KAFA dan model kombinasi j-QAF bagi program fardhu ain akan dilaksanakan di fasa lain berdasarkan persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.  Perkara ini perlu mendapat persetujuan dan penyelarasan terlebih dahulu daripada pihak JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan Yayasan Agama Negeri kerana melibatkan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran di sebelah petang. Selain itu murid-murid yang sama mengikuti kelas-kelas agama yang dikelolakan oleh pihak-pihak tersebut di atas.

Keperluan Tenaga Pengajar
Bagi melaksanakan Projek Rintis, tambahan guru tidak diperlukan. Walau bagaimanapun bantuan daripada guru-guru mata pelajaran lain yang berkebolehan adalah diperlukan. Begitu juga bantuan guru-guru al-Quran dalam masyarakat setempat  terutama dalam pelaksanaan model tasmik bagi khatam al-Quran.

Pemantauan
Bagi memastikan Projek Rintis berjalan sebagaimana yang dirancang dan mencapai matlamatnya proses pemantauan akan dijalankan seperti berikut:


Para pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang disediakan oleh pihak JAPIM bagi menyelaraskan laporan pemantauan.

Pelan Tindakan Projek Rintis
Berikut adalah pelan tindakan bagi projek rintis j-QAF tahun 2004.



Pelaksanaan j-QAF tahun 2005
j-QAF akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005 berdasarkan hasil dapatan projek rintis dan keputusan pihak Kementerian Pelajaran.  Pada tahun 2010 dijangka semua sekolah rendah melaksanakan program j-QAF di setiap peringkat.  Ini dapat diperjelaskan dalam carta dibawah:

Disediakan oleh,
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,
KEMENTERIAN PELAJARAN.
April 2004